KAJANG: Syarikat pemegang konsesi diminta supaya menaik taraf laluan motosikal di lebuh raya masing-masing, agar ia juga sesuai digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi, dalam membantu usaha mengurangkan risiko kemalangan.
Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Seri Jalaluddin Alias yang membuat permintaan itu berkata ada beberapa laluan seperti laluan masuk lorong motosikal di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, yang dilihat tidak selamat digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi dan boleh mengakibatkan kemalangan.
"Syarikat konsesi lebuh raya diminta menaik taraf laluan (motosikal) ini, atau sediakan kemudahan sewajarnya bagi penunggang motosikal jenis ini bagi memastikan keselamatan penunggangnya," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengurusan Trafik LLM di Wisma Lebuh Raya di sini semalam.
Beliau berkata di sepanjang lebuh raya seliaan LLM dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, lebih 10,000 kemalangan jalan raya dilaporkan, dengan kemalangan maut membabitkan motosikal adalah tinggi iaitu kira-kira 200 kes.
Katanya syarikat konsesi lebuh raya juga perlu membuat penambahbaikan laluan motosikal dengan mengambil kira kemalangan akibat cuaca buruk, termasuk risiko penunggang motosikal dilanggar ketika berhenti di bawah jejambat untuk berteduh ketika hujan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Jalaluddin (tiga, kanan) melawat Pusat Pengurusan Trafik LLM di Kajang, 26 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Naik taraf laluan motosikal agar sesuai dengan motosikal berkuasa tinggi - Pengerusi LLM
Ada beberapa laluan seperti di Pulau Pinang dan Ipoh, Perak, yang dilihat tidak selamat dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Pemandu kereta guna laluan motosikal di plaza tol disaman
Tindakan saman di bawah Rule 008(3) LN 166/59) atas kesalahan tidak ikut tanda laluan trafik telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.
Polis cari lelaki pandu kereta di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan
Siasatan awal mendapati kereta yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
Garis panduan untuk p-hailing dikeluarkan
Syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan menggunakan motosikal bagi tujuan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan secara dalam talian mesti patuh garis panduan ditetapkan.
Penguatkuasaan lebih bersepadu oleh polis, JPJ kekang kemalangan basikal lajak
Penguatkuasaan penting bagi memastikan penggunaan basikal lajak tidak dilakukan di kawasan yang sesak dengan lalu lintas.
Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
JKJR berhasrat tingkatkan kualiti laluan khas motosikal
Jabatan itu bersama beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan berbincang memastikan kemudahan itu memberi manfaat.